Thursday 17 October 2013

S.A.H.A.B.A.T #ukhwahyangterbinapersissekuntumbunga


Hai. Hai. Hai. Assalamualaikum salam puisi,,

Lame tak jumpa. Maaflah Cik Honeydew ku si kotak blog! Maaf ya sebab lupa nak mandikan Cik Honeydew bersih-bersih. Nak pakai bedak wangi-wangi. Nak solek-solek Cik Honeydew. Takpe lepas siap update post kita pergi swimming pool. ;] Ampun maaf ku pinta. Hehe.

Entah apa-apalah merapu sepanjang-panjangnya pula ni.

Baik. Post kali ni, saya nak cakap pasal kawan. Okey. Ehm, saya pasti sangat memang semua orang-termasuklah Cik Anda yang melawat blog ini memang mempunyai kawan. Ya, kalau nak kata tak semua yang jadi kawan kita boleh jadi sahabat kita. Ek? Apa bendanya yang membezakan kawan dengan sahabat ni?

Perkataan kawan tak adalah pula dalam Bahasa Arab. Tapi, sahabat ada.

Dan jarang kita dengar perkataan kawan sejati. Kan biasa-biasa kita dengar sahabat sejati.

Dan tatkala kita mengucapkan, ‘Dia sahabat aku.’ Tak ke terasa aura tu? Aura yang, ehm macam mana nak terangkan ek. Macam ada something yang mengikat kita dan dia dengan lebih berbanding kalau kita sebut, ‘Dia kawan aku.’ Terasa seolah-olah rasa sayangkan sahabat semata-mata kerana Allah itu mengalir antara dua jiwa.

Lebih kuranglah kan. Jap, pernah dengar tak kata-kata ni? “Jauhilah sahabat yang tidak membantu dan cuba menyekat kita daripada naik ke atas.” Naik di sini membawa maksud bertambah baik atau maju, bukannya naik ke tingkat tiga untuk ambil kalkulator untuk subjek Fizik ya. Haha. Maknanya, jika ada antara kawan-kawan kita yang jelas nampak macam dia iri hati atau tak puas hati atas kejayaan kita, jauhilah dia. Memang. Bukanlah kita nak buruk sangka tapi memang kita jelas tentang hal itu, lebih baik kita cegah daripada mengubati sebab malang tak berbau. Cewah!

Ya, bukan apa. Tapi kan, my English teacher once said, ’it’s good to have friends who have everything more than us.’-Teacher Noorhayati, my dedicated teacher.

Betul. Bukan apa, apabila kita bersahabat dengan orang yang mempunyai apa-apa lebih daripada kita, mereka takkan berasa iri hati apabila melihat kejayaan kita, barang milik kita, rupa kita, perhatian yang kita dapat, ranking exam kita dan lain-lain. Jujur saya katakan, ada juga dalam kalangan saya di kolej saya memang masam mukanya pabila melihat orang lain lebih daripadanya. Pantang betul. Apa salahnya kalau kita set mind kita bahawa setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Naa, bukannya saya nak provoke Cik Anda untuk memilih kawan sampai tak bergaul langsung dengan orang lain. Bukan macam tu. Tapi, apa yang saya maksudkan ialah bergaul rapatlah dengan orang tertentu sebab remaja yang membesar macam saya dan mungkin Cik Anda banyak dipengaruhi oleh factor fx. Hehe. Tak, tak. Factor sekeliling contohnya macam rakan sebaya.

Baru-baru ini, ada sahabat yang menghadiahkan wangian pada saya. Nak sindir loker saya kot. Tak,tak. Just for laugh. Cik Dia memang sahabat yang baik. Buatkan saya rasa tak layak nak berdampingan dengan insan yang begitu sabar melayan kerenah saya. Dan juga memberikan kata nasihat dan pembangkit semangat untuk saya sedar balik.

Ya, sahabat sebegitu memang susah dicari. Rapat benar walau tak selalu berkepit. Cik Quwwatul Hubb, saya sayang awak kerana Allah dan besar harapan saya kita kan terus bersama sampai ke syurga. Jasa awak takkan mampu saya balas. Ya Allah, peliharalah persahabatan ini.
 

 

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”
(Hadis riwayat al-Hakim)

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan
Tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmatnya mengatasi segala


Baiklah, rasanya setakat ini sahaja dulu.
Salam alaik,,,


^.<  ~tata~  >.^