Saturday 22 March 2014

#of course Rabbuna ma'ana! 2

Tapi Balqis tertanya-tanya, kenapa selalu dia?
kenapa yang dikutuk ialah dia?
kenapa dia yang selalu sibuk dalam melalui kehidupan seharian?
dia nak jadi macam biasa,tak payah fikir tentang kepimpinan,dakwah dan kebajikan pelajar kolej. cuma pikir pasal straight A's dan pergi kolej balik kolej.



erhmm. hisshh~
cepat-cepat Balqis beristighfar.belum ada apa-apa dah futhur. dah rasa terbeban. sedangkan Nani Muhamad saw? Apabila dilempari batu oleh penduduk Thaif,adakah baginda mengeluh? Kata cintai Nabi saw,kata nak jadi bidadari syurga.
Balqis fikir balik memang bukan salah muslimin juga yang salah faham.salah dia juga sebab berkata macam tu. ya, dia tak salahkan siapa-siapa.

Cuma, cuma apa?
cuma dia tertanya-tanya kenapa yang selalu diuji dia. yang menangis dia. yang banyak benda nak fikir dia. kenapa tak orang lain? huih,kalau difikir-fikir lain jadinya ni. 

Aduhai Balqis ku, Allah tahu kemampuan hambaNya. yang diuji dari segi itu, kamu. dari segi lain, orang lain pula.Balqis, usah mengeluh kerana Allah sedang mengujimu. kembalilah kepada Allah dan ucapkanlah Subhanallah,Maha Suci Allah kerana mungkin Allah takdirkan sesuatu yang lebih baik untukmu selepas ini.
Balqis ku, jadilah wanita yang kuat.selepas ini, mungkin lebih besar ujian yang menantimu.
hargailah sahabat yang bersamamu kerana yang akan datang tak mungkin boleh menggantikannya, syukran alaik Cik Quwwatul Hubb. :')

Apa pendapat entunna yang membaca?

Muslimin yang memberikan pandangan tentang kata-kata Balqis sudah memohon maaf. Balqis pula yang segan patutnya dia yang meminta maaf dahulu.
Balqis tersenyum kembali. InsyaAllah masih ada lagi sinar di sebalik kabus,dia pasti janji Allah swt. every cloud has silver lining. :)
"Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar..." 

*Melepas juga rindu pada belog ini. moga2 Allah melihat kebaikan yang disampaikan dan sahabat2 seperjuangan, jika ada salahku sepanjang di meja alam maya ini, tegurlah daku. :'( ehek ek eleh.jiwang sikit. 
Baiklah setakat ini sahaja. doakan kejayaan saya dalam espiyem tahun ini.
notakaki: pray for MH370.


tata.wassalam.

#of course Rabbuna ma'ana!





Assalamualaikum. Hai semua!

it's been a long time.nice to meet you again.haipp>>
lamanyaaaaaaa tak buka belog.dan sepanjang tiga bulan ni many things happened.worst and even delightful event. 
walau macam mana pun,saya sangat suka untuk menceritakan kepada anda satu kisah anak-anak remaja belia di alam persekolahan.

Ada seorang budak perempuan yang bernama Balqis(bukan nama sebenar hehe!) yang menyertai kem kepemimpinan di luar kolej.alkisahnya,ada perbentangan kumpulan.dan gadis yang diberi peluang untuk membentangkan tentang kumpulannya ini pun bercakap lah. nak kata Balqis ni seorang 'outspoken girl' tak juga cuma malam tu tersebutlah dia tentang ayat al-Quran dalam surah an-Nisaa' yang sebelumnya telah di'mention'kan oleh seorang pelajar juga: "Lelaki ialah pelindung bagi wanita." Dan dengan tanpa maksud yang tersirat,terkeluarlah kata-kata:

"Habis tu kenapa ramai lagi muslimin di Kolej X ni tak faham ayat ni dan menghancurkan muslimat dengan COUPLE nye, SMS YANG MELAGHAKAN dll..."

Semua berjalan lancar tinggal akhir slot dua orang Muslimin bingkas berdiri dan mencapai mikrofon. "Muslimin tak puas hati dengan 'statement' seorang muslimat ni. Tentang muslimin kolej yang menghancurkan muslimat. Inilah yang orang katakan apabila perempuan bercakap,dia akan menggunakan emosi bukan akal..."
Balqis pun diserbu rasa bersalah.mungkin dia terlalu lancang dalam berkata-kata lalu tanpa berlengah dia bangkit. tujuannya untuk memohon maaf tapi.. Bruuuuuuuuuu, muslimin meninggalkan dewan taklimat beramai-ramai. Balqis terduduk. lemah lututnya waktu itu, sahabat-sahabat terdekat ada yang memberi kata pujukan tapi dah terlambat, dah melimpah anak sungai di pipi montelnya.
dia bangun dan meluru keluar ke belakang dewan.Lututnya seolah-olah menggeletar. Malunya ya Allah. seolah-olah dunia berputar dengan isi alamnya menjelingnya dengan sinis. Ya Allah apa yang telah aku lakukan? apa yang terjadi pada diriku ini? salah aku yang lancang. salahku...
sahabat Balqis memeluknya kejap memberikan kekuatan. yalah, dah membernya menggeletar dengan terhinggut-hinggut bahu takkan nak tengok saja kan.
setelah Balqis berasa tenang seketika,dia memutuskan untuk pulang ke bilik daripada duduk belakang dewan malam-malam begitu.dia berlari kecil ke bilik setelah menghapuskan sisa air mata di pipi gebunya.
sampai di bilik,keadaan normal.dengan gelak tawa rakan-rakan yang lain.Balqis mengemaskan tempat tidurnya sambil menahan takungan empangan yang menghempap dinding ventrikel jantungnya.sahabtnya, Khaulah datang memandang sayu ke arah muka Balqis yang tersengih. "Ada apa?" tanya Balqis. Khaulah diam. kolam matanya hampir tumpah.Balqis nampak Khaulah sebak. "Kenapa awak nangis ..wuu, jangan nangis wuuu wuu~" suara Balqis tertahan-tahan. "Saya kesian kat awak.." "Saya letih.saya nak tidur dulu. Assalamualaikum.." Balqis berbaring sambil menutup mukanya dengan selimut. di bawah selimut,dia teresak-esak.
sehinggalah dia bangun keesokannya,semua orang seolah-olah menjauhkan diri darinya.Balqis ingatkan orang dah pulaukan dia tapi sebenarnya orang takut nak tegur takut Balqis melenting.
huk huk.sedih tak? tak. pfttt~
sebaik habis program tu,Balqis balik kampus dan sampainya di kampus ada sebuah buku terheletak atas katil sahabatnya.oleh sebab rasa nak tahu,dia pun buka buku tu. Masya-Allah,berderai air mata Balqis bertali arus.




"Ketika Allah RINDU pada hamba-Nya Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN. Pergilah pada hamba-Ku lalu timpakan bebagai ujian kepada-Nya kerana Aku ingin mendengar RINTIHAN nya." (Hadis Qudsi Riwayat Tabrani)

Mungkin Allah ingin mengajar nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan.
Mungkin Allah swt ingin mendidik hati dengan sabar,lalu diberikan ujian.
Mungkin Allah swt ingin melatih rasa rendah diri,lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah swt ingin menguji nilai cinta padaNya,lantas diberikan cinta kepada duniawi.
Tidak diberikan sesuatuitu sia-sia,tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah.
(credits)

~bersambung :P~