Thursday 5 June 2014

#puisi indah

Assalamualaikum
entah kenapa rasa puisi ni macam indah je.
sila baca.jangan segan2.


Syair Para Syuhada -Mu'tah-

(Abdullah bin Rawahah)
Akan tetapi aku memohon keampunan kepada Allah sedangkan terlalu banyaknnya mengalir darah itu dengan tunusan mata pedang
atau pun tusukan tombak dengan tangan-tangan kemarahan yang menembusi hati-hati
sehingga dikatakan andai lalunya mereka di atas kuburku maka Allah akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada mereka yg telah berperang
Aku bersumpah wahai jiwa,engkau harus turun di medan perang dalam keadaan engkau akur taat pada perintah atau dalam keadaan terpaksa
Andai manusia semua berteriak dan berteriak kuat seolah-olah menyerupai suara tangisan maka aku tidak lihat kamu membenci syurga
Sesungguhnya sudah lama engkau hidup dalam ketenangan
Jaafar,tidak akan terhidaulah haruman bau syurga

(Jaafar bin Abi Talib)
Alangkah indahnya syurga itu sudah semakin hampir
Harumnya bau syurga itu semerbak dan minuman syurga yg segar
Dan tentera Rom itu sesungguhnya telah hancur dengan siksannya
Yang kafir jauh dari segala keturunan bangsanya
Sudah menjadi kewajipan ke atasku jika aku bertemu dengan tentera Rom akan ku peranginya

(Khalid al-Walid)
Hari ini adalah merupakan hari kemenangan bagi mereka yg berada di dalam kebenaran
aku tidak sesekali takut kepada kematian andai kematian itu datang
dengan harapan aku akan dapat melihat keesokan harinya kedudukan martabat mereka yg berada di dalam kebenaran
di dalam syurga yg kekal abadi dan bertemu dengan mereka yg terdahulu di dalamnya
http://hamiz-in-islam.blogspot.com/
credits:ukhti mizah


dan tak lupa.
syair Imam Syafie yang dicoretkan Arwah Ahmad Ammar dalam buku notanya sebelum syahid datang menjemput.

((Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat # Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah.

Berkelanalah, engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan. # Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.


Aku melihat air yang tenang bertakung, mencemar kandungannya sendiri # Sekiranya ia mengalir, ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir, tercemar.))





Sekian. 
*moga dapat ibrah. insyaAllah. :')



Sunday 1 June 2014

#malam seribu satu malam



Assalamualaikum
alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ILAHI dengan rahmat-Nya kita dapat menjejakkan kaki ke bulan mulia bulan Rejab.

Allahumma bariklana fi Rajab wa Syaaban wa ballighna Ramadan.
amin.

mungkin ada yang dah tau dan mungkin ada yang ingat2 lupa peristiwa terbesar yang terjadi pada bulan Rejab ni.almaklumlah,dah besar panjang. ngeh2.meh kita sama2 doa agar Allah swt panjangkan umur kita dan sampaikan kita ke bulan Ramadan, madrasah yang menyediakan peluang untuk merebut pahala yang berlipat ganda.masya ALLAH!
Mintalah,mintalah kepada Allah Taala kerana lagi banyak kita minta,lagi Allah suka. :')

Israk Mikraj
apa itu Israk? ::perjalanan Rasulullah saw dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
apa itu Mikraj? ::perjalanan Rasulullah saw dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha seterusnya bertemu Allah swt.
dan sepanjang perjalanan Rasuullah saw menyaksikan begitu banyak peristiwa-peristiwa yang tak sempat saya coretkan di sini.

i'm very glad to tell you the most important thing that happened in Israk wa Mikraj.
maza?
hadiah Allah swt kepada Nabi Muhamad saw, untuk disampaikan kepada umat baginda iaitu kita. amanah bagi baginda.
wa maza?
perintah Allah swt agar kita menunaikan solat.

awalnya, solat yang diperintahkan kepada kita adalah sebanyak 50 waktu sehari semalam.
Baginda saw turun selepas menerima perintah tersebut dan bertemu dengan Nabi Musa as. kata Nabi Musa," Ya Muhamad, naiklah kembali bertemu Allah swt,umatmu tak mampu. Umatku besar dan gagah tapi tak mampu, apatah lagi umatmu."
maka, baginda naik bertemu Allah Taala untuk meminta dikurangkan dan Allah memperkenankan permintaan Rasulullah saw. Lantas, baginda turun dengan perintah 45 waktu solat. Nabi Muhamad saw suka tetapi..

"Ya Muhamad, naiklah lagi," kata Nabi Musa.

kemudian, baginda naik lagi bertemu Allah Rabbul Izzati berulang-ulang kali sehinggalah akhirnya perintah solat tinggal 5 waktu sahaja.
Nabi Musa menasihatkan baginda untuk naik lagi tapi kata Rasulullah saw, "Aku malu kepada Allah Taala..."
*lap air mata.

sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian,
sekiranya perintah solat sebanyak 50 waktu apa akan jadi?
tiap2 hari makan roti cicah air paip.
sebab? sebab tak sempat nak bancuh air. roti pun import dari Brazil sebab tak sempat nak buat roti sendiri. kan?
Dan betul tak apa yang Nabi Musa kata?
lihatlah sekarang berapa ramai yang menunaikan solat? yang menjaga waktu solat?
Astaghfirullah. geleng kepala.

Tapi sahabat2, betapa sayangnya Allah pada hambaNya, walau kita cuma melaksanakan 5 waktu solat, pahalanya menyamai 50 waktu solat.
subhanallah.

sebenarnya, tunaikan solat bukan bermakna kita menunaikan perintah Allah Taala semata-mata malah sebagai bukti kecintaan kita, rasa kasih kita kepada Rasulullah saw.
betapa tinggi pegorbanan Rasulullah dan mendalamnya perasaan belas baginda terhadap umatNya.
Ya Rasulullah, kami rindu pada-Mu.. :')

Saya menyeru anda semua untuk menjadikan Allah Taala dan Rasulullah saw sebagai kekasih abadi kita.
"Orang yang berkasih akan selalu teringat..."
*POST NI MASA BULAN REJAB. SEKARANG DAH AWAL SYAABAN.APAPUN MOGA DAPAT IBRAH JUGAK LAR YE.
credits: ustaz Nazri PKPQ

>.<V
salam penuh senyuman.
sehingga bersua lagi, wallahua'lam.