Thursday 5 June 2014

#puisi indah

Assalamualaikum
entah kenapa rasa puisi ni macam indah je.
sila baca.jangan segan2.


Syair Para Syuhada -Mu'tah-

(Abdullah bin Rawahah)
Akan tetapi aku memohon keampunan kepada Allah sedangkan terlalu banyaknnya mengalir darah itu dengan tunusan mata pedang
atau pun tusukan tombak dengan tangan-tangan kemarahan yang menembusi hati-hati
sehingga dikatakan andai lalunya mereka di atas kuburku maka Allah akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada mereka yg telah berperang
Aku bersumpah wahai jiwa,engkau harus turun di medan perang dalam keadaan engkau akur taat pada perintah atau dalam keadaan terpaksa
Andai manusia semua berteriak dan berteriak kuat seolah-olah menyerupai suara tangisan maka aku tidak lihat kamu membenci syurga
Sesungguhnya sudah lama engkau hidup dalam ketenangan
Jaafar,tidak akan terhidaulah haruman bau syurga

(Jaafar bin Abi Talib)
Alangkah indahnya syurga itu sudah semakin hampir
Harumnya bau syurga itu semerbak dan minuman syurga yg segar
Dan tentera Rom itu sesungguhnya telah hancur dengan siksannya
Yang kafir jauh dari segala keturunan bangsanya
Sudah menjadi kewajipan ke atasku jika aku bertemu dengan tentera Rom akan ku peranginya

(Khalid al-Walid)
Hari ini adalah merupakan hari kemenangan bagi mereka yg berada di dalam kebenaran
aku tidak sesekali takut kepada kematian andai kematian itu datang
dengan harapan aku akan dapat melihat keesokan harinya kedudukan martabat mereka yg berada di dalam kebenaran
di dalam syurga yg kekal abadi dan bertemu dengan mereka yg terdahulu di dalamnya
http://hamiz-in-islam.blogspot.com/
credits:ukhti mizah


dan tak lupa.
syair Imam Syafie yang dicoretkan Arwah Ahmad Ammar dalam buku notanya sebelum syahid datang menjemput.

((Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat # Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah.

Berkelanalah, engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan. # Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.


Aku melihat air yang tenang bertakung, mencemar kandungannya sendiri # Sekiranya ia mengalir, ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir, tercemar.))





Sekian. 
*moga dapat ibrah. insyaAllah. :')