Thursday 1 May 2014

#masih ada lagi...

Assalamualaikum
dear my readers

Alhamdulillah hari ni dapat lagi kita bernafas di bumi Allah ini tanpa perlu membayar walau sesen pun untuk setiap kali hirupan oksigen yang menerobos masuk ke trakea terus ke bronkiol ke alveolus ke sel-sel badan. masya-Allah!

hepp. tarik nafas, hembus. tarik nafas, hembus.
fuhhhh puih.

Hudzaifah duduk di tepi jalan yang sibuk itu.
dia bersila tanpa menghiraukan kereta dan motosikal yang lalu-lalang.
kereta Nissan Audi putih sudah ditarik oleh tauke Cina gara-gara kemalangan kecil yang membabitkan antara dia dan seorang pemuda yang dia kira sebaya dengannya.
dia yang melanggar Perodua Kelisa itu dari belakang. yang peliknya, kereta kelisa itu tak adalah teruk mana. bumper depan keretanya pula yang parah,dah macam langgar pokok balak gamaknya.
selepas berjanji akan bayar ganti rugi pemilik Kelisa itu, dia duduk sahaja di situ. kalau nak boleh sangat dia call driver daddy nya. 
tapi, tak. 
dia tak buat begitu. kenapa? entah, dia pun tak tahu.

dia memandang kereta dan motosikal yang lalu.
petang2 begini memang sesak jalan. baru habis office hour.
lama juga dia termenung di situ.
tiba2 pandangannya dicuri sebuah motosikal yang begitu besar sekali. 
apa yang besar? 

guni berisi besi buruk kot sebesar kereta kelisa tadi berada belakang motor itu. 
bulat mata hudzaifah.
'eh,eh ni dah macam negara indon kot. fuhhh..'
dia menggeleng.

pandangannya disambut pula oleh gelagat seorang budak lelaki dekat umur awal belasan tahun menunggang motor tanpa helmet.
'ni jalan raya kot. berani betul budak tu. anak sapalah..'

dia mengalih lagi pandangannya.
sepanjang dia duduk di tepi jalan itu, dekat 7 orang lelaki yang lalu jalan itu merokok.
'diorang ni tak takut ke?? sedut racun. sampai tengah bawa motor pun boleh lagi nak merokok. '
tapi, apa nak heran dekat beratus kot orang yang merempittt. tu pun tak takut mati jugak.
sama ajelah.'
hudzaifah mencebik.

tepat jangkaan dia.
lalu sebuah motor yang memecut laju. 
prenggggggggggggggggggg engg  engggggggggg tapi gedegungggggggg.
kuat betul bunyi sampai mamak kedai hujung jalan tu pun berpaling.
rahangnya jatuh.
motor yang laju tadi tiba2 terbabas sendiri di tengah jalan raya. motornya melantun beberapa kali sebelum berhenti di tepi divider jalan.
helmetnya terpelanting. darah dah membasahi jalan.
jaraknya lebih kurang 5 meter darinya.
hudzaifah terpaku.

beberapa kenderaan berhenti. orang ramai berkerumun.
hudzaifah tersedar dan dia pun berlari ke arah lelaki itu.
pucat.
menggigil.
kepala pemuda itu pecah.
isi perutnya terburai.
tangan kiri hingga siku terkulai.
innalillah.

tapi hudzaifah nampak jelas,lelaki itu Melayu. tapi, rambutnya perang dan panjang.tatu gambar barbie the princess jelas kelihatan pada betisnya sebab lelaki itu cuma pakai seluar pendek.
tak lama kemudian,polis dan ambulan sampai. 

selesai.
hudzaifah melangkah ke kedai makan tempat orang berpusu-pusu ingin melihat mangsa.

'iskk, iskk, mati tak semena-mena kan.'
'aku sendiri nampak motor tu terbabas sendiri'
'huuh,dah takdir Allah.'
'takdir memang, tapi mati dalam keadaan gitu sapa nak. mati ni takdak sapa yang tau bila.'

hudzaigah pasang telinga  dengar pakcik-pakcik haji di depannya berbual.
dia menggeletar.
dosanya banyak. walaupun dia solat tapi dia rasa amalan nya tak cukup. dia dah lama tinggal al-Quran. hidupnya tak pernah ingat mati.

di manakah Allah di hatinya?

matanya bergenang. dadanya rasa berat.
dia teringat pada pemilik kelisa tadi.wajahnya bersih dan nampak tenang.kopiah atas kepalanya melengkapkan penampilannya. tapi hudzaifah layan tak layan aje pemuda itu.

dia capai telefon.
'Assaamualaikum,bro. kita jumpa boleh?'

masih ada lagi rupanya syabab yang hebat di medan dakwah.
moga kekuatanmu menjadi tunjang Islam.
insya-Allah.
wallahua'lam.