Thursday 21 November 2013

# Al-Fatihah

Assalamualaikum

baru-baru ni heboh pasal Allahyarham Ammar.ya, arwah sebenarnya masih study di turki tapi kemalangan.arwah seorang mujahid jadi kehilangan arwah memang merupakan satu kehilangan.saya pun tak tahu juga sebab duduk kat house-to-be belum ada televisyen lorh tapi cik broadband sebagai teman setia.once ada ternampak dalam fb tapi ingatkan artis mana ni.

tiba-tiba, ada seorang sahabat hantar mesej, 'assalam,apa sebenarnya kisah pasal allahyarham ammar ni?' so, saya pun teruslah cari.terjumpa dalam fb seorang lagi sahabat yang sangat kiut ini telah mengsharekan ini




credits: http://ohartis.com/2013/11/perbualan-terakhir-allahyarham-ahmad-ammar-dengan-kakaknya/

masa baca berita ni, terharu juga. arwah seorang harapan ibu bapanya dan mempunyai sifat mahmudah.walau tak pernah dengar pun nama arwah selama ni, tapi bila dengar cerita pasal arwah memang terasa juga.ya. saudara se Islam.
niat nak post pasal arwah ammar ni pun bukan apa, marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah.moga roh arwah dicucuri rahmat oleh-Nya. 
ameen ya rabbal alamin.

#alangkah indahnya menjadi syuhada kerana menuntut ilmu.

salam rindu
wallahu'alam

Saturday 2 November 2013

#Bersiap Demi Perjuangan

Assalamualaikum
Salam yang teristimewa

sebenarnya sekarang saya tengah final exam. Tapi, sambil3 study addmath yang memang memeningkan kepala. (Adoyai) sempat juga nak usha3 Cik Honeydew si belog ni. ehhe.

Post kali ni nak sentuh pasal Silat. Yelah, gredding silat akan diadakan minggu hadapan. hari ahad. Nasib baik masa tu dah habis exam. Untuk gredding silat pun masih memerlukan usaha yang kuat sebenarnya sebab tahun ni saja saya boleh gredding. Tahun depan dah nak SPM. Huhuhhu~
Nervous.

Jap, bukan nak cerita pasal life ok. Cuma rasa best kalau kita sama3 meneliti hadis Rasulullah saw yang bermaksud:


 "Muslim yang kuat itu lebih disukai Allah daripada Muslim yang lemah."


Bukan untuk riak nih. Apa salahnya kalau kita ikut suruhan Rasulullah saw. tak salah kan?
Lagipun, serius cakap kalau bersukan, hidup rasa lagi lancar tau. Nak bernafas pun rasa segar dan yang penting dapat kurang kan berat badan kot. haha. Taklah, tapi memang bila kita keluarkan peluh rasa lebih sihat kan.

 Kalau ada sesetengah orang lebih suka sukan malam3. pun boleh. Terserah atas pilihan masing-masing. Best juga kan main futsal malam3. Jangan berlumba malam3 sudahlah. Hehe. Jangan marah ye.

Doc talks:
1. Pastikan anda minum air secukupnya sebelum dan selepas bersukan untuk mengelakkan dehidrasi.
2. Pakai pakaian bersih dan sesuai. Jangan berbaju kurung pula ya. ayu terlebih tu. Haa, yang penting menutup aurat tau!
3. Bataskan pergaulan muslimin wa muslimat. Ingat!!!
4.  Jangan terus bersukan. sebaiknya warm up dulu takut nanti ada urat yang tersentak bentak kang.
5. Mulakan dengan basmalah dan akhiri dengan hamdalah.
6. Yang utama, berdoalah agar Allah swt kurniakan tubuh badan yang sihat dan kesihatan.
7. Bersyukurlah kerana mempunyai kesihatan yang baik. Rasulullah saw ada bersabda bahawa dua nikmat yang sering dilupakan manusia ialah nikmat kesihatan dan masa lapang. 

Pepatah Arab:
Akal yang sihat terletak pada tubuh badan yang sihat.

Jadi, apa lagi yang perlu kita ragukan.
mulakanlah bersukan sekarang.

Majulah sukan untuk negara dan agama.
^_____^V

Salam alaik!