Saturday 22 March 2014

#of course Rabbuna ma'ana! 2

Tapi Balqis tertanya-tanya, kenapa selalu dia?
kenapa yang dikutuk ialah dia?
kenapa dia yang selalu sibuk dalam melalui kehidupan seharian?
dia nak jadi macam biasa,tak payah fikir tentang kepimpinan,dakwah dan kebajikan pelajar kolej. cuma pikir pasal straight A's dan pergi kolej balik kolej.



erhmm. hisshh~
cepat-cepat Balqis beristighfar.belum ada apa-apa dah futhur. dah rasa terbeban. sedangkan Nani Muhamad saw? Apabila dilempari batu oleh penduduk Thaif,adakah baginda mengeluh? Kata cintai Nabi saw,kata nak jadi bidadari syurga.
Balqis fikir balik memang bukan salah muslimin juga yang salah faham.salah dia juga sebab berkata macam tu. ya, dia tak salahkan siapa-siapa.

Cuma, cuma apa?
cuma dia tertanya-tanya kenapa yang selalu diuji dia. yang menangis dia. yang banyak benda nak fikir dia. kenapa tak orang lain? huih,kalau difikir-fikir lain jadinya ni. 

Aduhai Balqis ku, Allah tahu kemampuan hambaNya. yang diuji dari segi itu, kamu. dari segi lain, orang lain pula.Balqis, usah mengeluh kerana Allah sedang mengujimu. kembalilah kepada Allah dan ucapkanlah Subhanallah,Maha Suci Allah kerana mungkin Allah takdirkan sesuatu yang lebih baik untukmu selepas ini.
Balqis ku, jadilah wanita yang kuat.selepas ini, mungkin lebih besar ujian yang menantimu.
hargailah sahabat yang bersamamu kerana yang akan datang tak mungkin boleh menggantikannya, syukran alaik Cik Quwwatul Hubb. :')

Apa pendapat entunna yang membaca?

Muslimin yang memberikan pandangan tentang kata-kata Balqis sudah memohon maaf. Balqis pula yang segan patutnya dia yang meminta maaf dahulu.
Balqis tersenyum kembali. InsyaAllah masih ada lagi sinar di sebalik kabus,dia pasti janji Allah swt. every cloud has silver lining. :)
"Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar..." 

*Melepas juga rindu pada belog ini. moga2 Allah melihat kebaikan yang disampaikan dan sahabat2 seperjuangan, jika ada salahku sepanjang di meja alam maya ini, tegurlah daku. :'( ehek ek eleh.jiwang sikit. 
Baiklah setakat ini sahaja. doakan kejayaan saya dalam espiyem tahun ini.
notakaki: pray for MH370.


tata.wassalam.