Thursday, 1 May 2014

#masih ada lagi...

Assalamualaikum
dear my readers

Alhamdulillah hari ni dapat lagi kita bernafas di bumi Allah ini tanpa perlu membayar walau sesen pun untuk setiap kali hirupan oksigen yang menerobos masuk ke trakea terus ke bronkiol ke alveolus ke sel-sel badan. masya-Allah!

hepp. tarik nafas, hembus. tarik nafas, hembus.
fuhhhh puih.

Hudzaifah duduk di tepi jalan yang sibuk itu.
dia bersila tanpa menghiraukan kereta dan motosikal yang lalu-lalang.
kereta Nissan Audi putih sudah ditarik oleh tauke Cina gara-gara kemalangan kecil yang membabitkan antara dia dan seorang pemuda yang dia kira sebaya dengannya.
dia yang melanggar Perodua Kelisa itu dari belakang. yang peliknya, kereta kelisa itu tak adalah teruk mana. bumper depan keretanya pula yang parah,dah macam langgar pokok balak gamaknya.
selepas berjanji akan bayar ganti rugi pemilik Kelisa itu, dia duduk sahaja di situ. kalau nak boleh sangat dia call driver daddy nya. 
tapi, tak. 
dia tak buat begitu. kenapa? entah, dia pun tak tahu.

dia memandang kereta dan motosikal yang lalu.
petang2 begini memang sesak jalan. baru habis office hour.
lama juga dia termenung di situ.
tiba2 pandangannya dicuri sebuah motosikal yang begitu besar sekali. 
apa yang besar? 

guni berisi besi buruk kot sebesar kereta kelisa tadi berada belakang motor itu. 
bulat mata hudzaifah.
'eh,eh ni dah macam negara indon kot. fuhhh..'
dia menggeleng.

pandangannya disambut pula oleh gelagat seorang budak lelaki dekat umur awal belasan tahun menunggang motor tanpa helmet.
'ni jalan raya kot. berani betul budak tu. anak sapalah..'

dia mengalih lagi pandangannya.
sepanjang dia duduk di tepi jalan itu, dekat 7 orang lelaki yang lalu jalan itu merokok.
'diorang ni tak takut ke?? sedut racun. sampai tengah bawa motor pun boleh lagi nak merokok. '
tapi, apa nak heran dekat beratus kot orang yang merempittt. tu pun tak takut mati jugak.
sama ajelah.'
hudzaifah mencebik.

tepat jangkaan dia.
lalu sebuah motor yang memecut laju. 
prenggggggggggggggggggg engg  engggggggggg tapi gedegungggggggg.
kuat betul bunyi sampai mamak kedai hujung jalan tu pun berpaling.
rahangnya jatuh.
motor yang laju tadi tiba2 terbabas sendiri di tengah jalan raya. motornya melantun beberapa kali sebelum berhenti di tepi divider jalan.
helmetnya terpelanting. darah dah membasahi jalan.
jaraknya lebih kurang 5 meter darinya.
hudzaifah terpaku.

beberapa kenderaan berhenti. orang ramai berkerumun.
hudzaifah tersedar dan dia pun berlari ke arah lelaki itu.
pucat.
menggigil.
kepala pemuda itu pecah.
isi perutnya terburai.
tangan kiri hingga siku terkulai.
innalillah.

tapi hudzaifah nampak jelas,lelaki itu Melayu. tapi, rambutnya perang dan panjang.tatu gambar barbie the princess jelas kelihatan pada betisnya sebab lelaki itu cuma pakai seluar pendek.
tak lama kemudian,polis dan ambulan sampai. 

selesai.
hudzaifah melangkah ke kedai makan tempat orang berpusu-pusu ingin melihat mangsa.

'iskk, iskk, mati tak semena-mena kan.'
'aku sendiri nampak motor tu terbabas sendiri'
'huuh,dah takdir Allah.'
'takdir memang, tapi mati dalam keadaan gitu sapa nak. mati ni takdak sapa yang tau bila.'

hudzaigah pasang telinga  dengar pakcik-pakcik haji di depannya berbual.
dia menggeletar.
dosanya banyak. walaupun dia solat tapi dia rasa amalan nya tak cukup. dia dah lama tinggal al-Quran. hidupnya tak pernah ingat mati.

di manakah Allah di hatinya?

matanya bergenang. dadanya rasa berat.
dia teringat pada pemilik kelisa tadi.wajahnya bersih dan nampak tenang.kopiah atas kepalanya melengkapkan penampilannya. tapi hudzaifah layan tak layan aje pemuda itu.

dia capai telefon.
'Assaamualaikum,bro. kita jumpa boleh?'

masih ada lagi rupanya syabab yang hebat di medan dakwah.
moga kekuatanmu menjadi tunjang Islam.
insya-Allah.
wallahua'lam.

Saturday, 22 March 2014

#of course Rabbuna ma'ana! 2

Tapi Balqis tertanya-tanya, kenapa selalu dia?
kenapa yang dikutuk ialah dia?
kenapa dia yang selalu sibuk dalam melalui kehidupan seharian?
dia nak jadi macam biasa,tak payah fikir tentang kepimpinan,dakwah dan kebajikan pelajar kolej. cuma pikir pasal straight A's dan pergi kolej balik kolej.



erhmm. hisshh~
cepat-cepat Balqis beristighfar.belum ada apa-apa dah futhur. dah rasa terbeban. sedangkan Nani Muhamad saw? Apabila dilempari batu oleh penduduk Thaif,adakah baginda mengeluh? Kata cintai Nabi saw,kata nak jadi bidadari syurga.
Balqis fikir balik memang bukan salah muslimin juga yang salah faham.salah dia juga sebab berkata macam tu. ya, dia tak salahkan siapa-siapa.

Cuma, cuma apa?
cuma dia tertanya-tanya kenapa yang selalu diuji dia. yang menangis dia. yang banyak benda nak fikir dia. kenapa tak orang lain? huih,kalau difikir-fikir lain jadinya ni. 

Aduhai Balqis ku, Allah tahu kemampuan hambaNya. yang diuji dari segi itu, kamu. dari segi lain, orang lain pula.Balqis, usah mengeluh kerana Allah sedang mengujimu. kembalilah kepada Allah dan ucapkanlah Subhanallah,Maha Suci Allah kerana mungkin Allah takdirkan sesuatu yang lebih baik untukmu selepas ini.
Balqis ku, jadilah wanita yang kuat.selepas ini, mungkin lebih besar ujian yang menantimu.
hargailah sahabat yang bersamamu kerana yang akan datang tak mungkin boleh menggantikannya, syukran alaik Cik Quwwatul Hubb. :')

Apa pendapat entunna yang membaca?

Muslimin yang memberikan pandangan tentang kata-kata Balqis sudah memohon maaf. Balqis pula yang segan patutnya dia yang meminta maaf dahulu.
Balqis tersenyum kembali. InsyaAllah masih ada lagi sinar di sebalik kabus,dia pasti janji Allah swt. every cloud has silver lining. :)
"Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar..." 

*Melepas juga rindu pada belog ini. moga2 Allah melihat kebaikan yang disampaikan dan sahabat2 seperjuangan, jika ada salahku sepanjang di meja alam maya ini, tegurlah daku. :'( ehek ek eleh.jiwang sikit. 
Baiklah setakat ini sahaja. doakan kejayaan saya dalam espiyem tahun ini.
notakaki: pray for MH370.


tata.wassalam.

#of course Rabbuna ma'ana!





Assalamualaikum. Hai semua!

it's been a long time.nice to meet you again.haipp>>
lamanyaaaaaaa tak buka belog.dan sepanjang tiga bulan ni many things happened.worst and even delightful event. 
walau macam mana pun,saya sangat suka untuk menceritakan kepada anda satu kisah anak-anak remaja belia di alam persekolahan.

Ada seorang budak perempuan yang bernama Balqis(bukan nama sebenar hehe!) yang menyertai kem kepemimpinan di luar kolej.alkisahnya,ada perbentangan kumpulan.dan gadis yang diberi peluang untuk membentangkan tentang kumpulannya ini pun bercakap lah. nak kata Balqis ni seorang 'outspoken girl' tak juga cuma malam tu tersebutlah dia tentang ayat al-Quran dalam surah an-Nisaa' yang sebelumnya telah di'mention'kan oleh seorang pelajar juga: "Lelaki ialah pelindung bagi wanita." Dan dengan tanpa maksud yang tersirat,terkeluarlah kata-kata:

"Habis tu kenapa ramai lagi muslimin di Kolej X ni tak faham ayat ni dan menghancurkan muslimat dengan COUPLE nye, SMS YANG MELAGHAKAN dll..."

Semua berjalan lancar tinggal akhir slot dua orang Muslimin bingkas berdiri dan mencapai mikrofon. "Muslimin tak puas hati dengan 'statement' seorang muslimat ni. Tentang muslimin kolej yang menghancurkan muslimat. Inilah yang orang katakan apabila perempuan bercakap,dia akan menggunakan emosi bukan akal..."
Balqis pun diserbu rasa bersalah.mungkin dia terlalu lancang dalam berkata-kata lalu tanpa berlengah dia bangkit. tujuannya untuk memohon maaf tapi.. Bruuuuuuuuuu, muslimin meninggalkan dewan taklimat beramai-ramai. Balqis terduduk. lemah lututnya waktu itu, sahabat-sahabat terdekat ada yang memberi kata pujukan tapi dah terlambat, dah melimpah anak sungai di pipi montelnya.
dia bangun dan meluru keluar ke belakang dewan.Lututnya seolah-olah menggeletar. Malunya ya Allah. seolah-olah dunia berputar dengan isi alamnya menjelingnya dengan sinis. Ya Allah apa yang telah aku lakukan? apa yang terjadi pada diriku ini? salah aku yang lancang. salahku...
sahabat Balqis memeluknya kejap memberikan kekuatan. yalah, dah membernya menggeletar dengan terhinggut-hinggut bahu takkan nak tengok saja kan.
setelah Balqis berasa tenang seketika,dia memutuskan untuk pulang ke bilik daripada duduk belakang dewan malam-malam begitu.dia berlari kecil ke bilik setelah menghapuskan sisa air mata di pipi gebunya.
sampai di bilik,keadaan normal.dengan gelak tawa rakan-rakan yang lain.Balqis mengemaskan tempat tidurnya sambil menahan takungan empangan yang menghempap dinding ventrikel jantungnya.sahabtnya, Khaulah datang memandang sayu ke arah muka Balqis yang tersengih. "Ada apa?" tanya Balqis. Khaulah diam. kolam matanya hampir tumpah.Balqis nampak Khaulah sebak. "Kenapa awak nangis ..wuu, jangan nangis wuuu wuu~" suara Balqis tertahan-tahan. "Saya kesian kat awak.." "Saya letih.saya nak tidur dulu. Assalamualaikum.." Balqis berbaring sambil menutup mukanya dengan selimut. di bawah selimut,dia teresak-esak.
sehinggalah dia bangun keesokannya,semua orang seolah-olah menjauhkan diri darinya.Balqis ingatkan orang dah pulaukan dia tapi sebenarnya orang takut nak tegur takut Balqis melenting.
huk huk.sedih tak? tak. pfttt~
sebaik habis program tu,Balqis balik kampus dan sampainya di kampus ada sebuah buku terheletak atas katil sahabatnya.oleh sebab rasa nak tahu,dia pun buka buku tu. Masya-Allah,berderai air mata Balqis bertali arus.




"Ketika Allah RINDU pada hamba-Nya Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN. Pergilah pada hamba-Ku lalu timpakan bebagai ujian kepada-Nya kerana Aku ingin mendengar RINTIHAN nya." (Hadis Qudsi Riwayat Tabrani)

Mungkin Allah ingin mengajar nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan.
Mungkin Allah swt ingin mendidik hati dengan sabar,lalu diberikan ujian.
Mungkin Allah swt ingin melatih rasa rendah diri,lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah swt ingin menguji nilai cinta padaNya,lantas diberikan cinta kepada duniawi.
Tidak diberikan sesuatuitu sia-sia,tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah.
(credits)

~bersambung :P~

Thursday, 26 December 2013

#eleven A's plus for me, insyaAllah!

Assalamualaikum.
holla people!hehe.
dengan Nek BB ni,saya telah meronda2 laman yang ada termasuklah halaman belog nih.
semua entry yang saya tengok lar kan kebanyakan berkisar pada sekolah dah nak buka.tahun 2014 dah nak mula.and so on.dan sebenarnya isu ini amat menyentap urat nadi usus perut ku ini.ngeh2~
2014 is my year.mine.haha.to struggle as well as i can in S-P-M! puhaha~
well,my result in last exam is not bad but unexcellent either. :p
 rasa macam baru semalam ambil bio berkenalan dengan Uncle Edmet dan bersalaman dengan Miss Chem.doakan agar selamat pergi dan balik yer. kalkaeyo~ 
haha.
 dan ada post2 di fb juga ada sentuh pasal ikan2 tamban yang tak temban yang terdampar di tepian pantai di Lahad Datu, Sabah bakalakau.ada lagi la tak sempat nak share kat sini kot. maybe it will come a big day? i dont know. Allahua'lam.
apart from that, saya juga tertarik ye dengan isu politik di negara kita.tak nak ulas lebih2 nanti kena tangkap.hu~ tamau2.ampun.

sebenarnya, apa tujuan kita ke sekolah?
belajar. right.
tuntut ilmu. righto.
study. *krik-krik. erh, betol gak kot.he~
ye memang lar nak capai cita2 tapi yang paling penting nak capai mardhatillah.
bukan A dalam exam yang kita kejar patutnya,A for Allah >copypaste
*nak2 lagi untuk adik2 pmr yang baru ambil result tahniah atas usaha bukan keputusan kan.Allah knows best,dik.



ye.nak sangat pergi tuisyen tapi busy nak moving tak menyempat lar.takpe2,
aku berserah padaMu ya Allah.akan ku usaha dengan belajar rajin2 ulangkaji selalu dan tinggalkan perkara2 buruk.insyaAllah.nak kongsi:
"Perkara buruk yang kita lakukan akan makan semua ilmu yang kita ada"
ngee~ macam monsters! peringatan bersama. selamat beramal!
satu lagi,jeles tengok orang pakai handphone canggih.since abah said,tunggu abis spm.
so tolong ye sahabat2 blogger doakan handphone sekarang bertahan untuk 1 tahun lagi. *baru ni jatuh dalam air milo alhamdulillah okei je.

okies dokies cookies oreo.
wassalamualaikum.
 

Friday, 20 December 2013

#Barang bagus ni!

assalamualaikum wbt dan selamat pagi.
*ceria

okey,ni nak promote satu page yang jual macam2 barang.baru je buka page ni.gambar pun tak adalah banyak mana sebab beginner memanglah kan.tapi nak minta juga jasa baik kawan2 blogger sekalian untuk mengLIKE page ini.



 Kami,kami? kami menyediakan macam2 barang tau. 
1. Ada cadar yang cantik dan murah! Tekan sini untuk cadar comel2! Design ada disediakan tapi kalau nak order design sendiri pun bolehh!
Harga saiz Queen=RM350.00
Saiz Single=RM220.00
Kain baldu selesa dipakai tau! Disediakan dalam beg lagi.

 
2. Kami juga menawarkan anda untuk tempahan hantaran pengantin. jeeng,jeng jeng. ngeh2. Nak tengok gambar tekan sini tau!  

3. Ada juga kraft felt yang comel comel. Ada banyak lagi pilihan kat page ni tau! Nak tahu lagi tekanlah sini!


4. Haa, ada lagi. Telekung sembahyang MYERA Collection! Comel,selesa dipakai dan sesuai nak dijadikan hadiah untuk saudara dll. cuma gambar telekung tu belum diupload.package je baru. tapi LIKE lah! Di sini!!

okey.setakat ni jelah dulu.tak salah kan nak berbisnes. ngeh3~ apapun, LIKE lah tanda anda menyokong barangan tempatan-buatan Malaysia.
Baiklah, salam niaga salam sokongan.
wassalam!